Wednesday, 27 January 2016

Kancil Drive Shaft repair / rosak

Holla....hari ni saya bawa kancil ke workshop untuk repair drive shaft. Actually, last week saya perasan yang drive shaft cover tu dh koyak..ingt temperory nak lekatkan je dgn gam. Skali bila jek kereta, baru perasan, koyak die besar juga n bukan satu tapi ade dua cover getah tu yg koyak. So, nak tak nak terpaksa la hantar ke workshop juga utk repair. Kalau tgok gambar ni, dlam kawasan merah tu ade nampak kesan getah tu koyak.


Bile sampai workshop tu, mekanik terus jek kete and check kawasan yang rosak. Initial plan saya ingat nak tuka satu set terus. Malas nak pikir2 lagi sebab takut nanti rosak tengah jalan lagi la problem. Lepas je mekanik check, die tanya msa bawak kereta ni ade masalah x? Setahu saya masa bawak kereta atau time corner mmg xde dengar bunyi apa2. Ikut pengalaman dulu, bese kalau time pulas stereng nak masuk simpang atau amik corner, akan dengar bunyi kletakletak. Tu petanda drive shaft dah kong.


So mekanik tu cakap since takde bunyi, so cuma tukar getah je dah cukup. Bila die buka harga, then ok la. So die tukar terus. Kalau nak tukar satu set dah lebey kurang RM200. Tu belum campur upah pasang lagi. Tapi since tukar getah je, so lagi murah la. Kalau satu set macam ni bentuk die.


Masa dah buka driveshaft tu, minyak gear keluar. Punya la kotor minyak gear tu. Warna karat abes. Pelik juga sebab rasanya baru awal tahun lepas tuka minyak gear masa ganti clucth dulu. So, siap je die tuka getah tu, diorang pun pam minyak gear yang baru. So, kos sume sekali adalah RM180 sekali kos upah. Mahal juga tapi sebab memang selalu buat kat workshop ni so xkisah la. Nanti kalau pegi kedai lain takut xngam atau lain pula diorg buat. Upah diorg amik dalam RM40. So lagi RM140 tu adalah harga minyak gear dan dua getah cover tu.

So sekarang ni bley drive kancil tu dengan senang hati. Cuma tinggal nak repair aircond je. Tunggu la. Sekarang xde bajet lagi. Almaklumlah, itu ari kos ketuk body dan cat sahaja dah RM2.5K. Kita ni accident awal tahun lepas. Tapi masa tu xde duit nak repair. So cuma suruh mekanik tu repair supaya kete tu bley jalan bawak rumah pon dah cukop. Itupon kena dalam RM800 juga. Jadi bile ujung taun lepas ada duit, saya pon anta cat and ketuk body. Absorber kiri kanan pon diorg tuka baru sbb masa accident dlu, absorber tu jadi kong. Kereta ni mmg sayang nak jual sebab xde hutang. Pastu die punya jimat, fuh, jarum minyak tu payah benor nak turun. Kalau Neo tu, jalan sikit je dah abis satu bar. Ok la..Sekian cerita repair drive shaft Kancil ni. Adiossss





7 comments:

  1. Hm. Minyak gear top up ke tukar baru terus? Kalau top up + boot Rm140 mahal sngt tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya tukar rm 120. okok la, dia org pun nk untung sikit kan

      blh try d s auto (dsauto.com.my) jg, servis ok.

      Delete
  2. Salam.. di mana kamu buat custom bonet enjin ala2 l2s..?

    ReplyDelete
  3. Amik masa lama ke untok tukar

    ReplyDelete
  4. Baik tukar driveshaft trus..sebtang driveshaft baru rm110..upah 40

    ReplyDelete
  5. kalau drive shaft ori n masih baik tukar getah jer..drive shaft kancil 850 auto original rm2200 sebatang..jgn main2 dgn harga yg ori..bukan rm220..dua ribu dua ratusss..kalau kiri kanan..rm4400..

    ReplyDelete
  6. Masa belok ada bunyi maknanya drive shaft tak ok ke?

    ReplyDelete